Pages

Monday, June 21, 2010

.Jamu.

.JAMU MAK DARA



Ramai wanita bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutan yang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambah pula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air. Ia pasti sesuatu yang menakutkan, persembahan yang tidak cengkam buat santapan si suami. Silap hari bulan, si suami akan mencari yang lebih muda dan bergetah.

Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Menyokong usaha murni itu ialah pengusaha Jamu Mak Dara, Halimah Shuib , 62 tahun, yang turut mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun. Beliau mewarisi resepi dan petua jamu yang di perturunkan daripada ibu nya, Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit Johor.

Bahan-bahan Jamu Mak Dara:

Gadong, Tahi angin, Cabai pintal, Akar siak, Sambar antu, Cabai batik, Akar cerita, Kulit pulau sari, Kulit kayu serapat, Ketumbar kasar, Jintan hitam, Temulawak, Halia bara, Halia putih, Kunyit kering, Kayu manis cina, Kedaung, Daun cina maki, Masuri, Jerangau, Lengkuas merah, Buah keras, Jemuja, Daun terawas, Hadas pedas, Langkau besar, Langkau kecil, Bica bolong, Biji kami, Buah gorek, Akar kayu putih dan Cekor.

Cara Mengamalkannya:-
Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita (2 X sehari )
- 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan

PERINGATAN - Harus cukup rihat dan tidur, elakkan makan malam selepas 7 malam, elakkan mengambil nasi pada waktu malam. Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika Dalam Pantang ( 2 X sehari)

- 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan.

Bancuhkan jamu dengan air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarpaan dan 1 kali petang ( 4 petang) sebelum makan malam.

PERINGATAN - kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah spt sup, gulai, bercili dan berlemak.

Untuk Pesakit Darah Tinggi ( 1 kali sehari)

1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan.

Bancuh kan jamu dgn air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan.
SEKALI SEHARI SAHAJA!!

PERINGATAN- Harus cukup rihat dan tidur. Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

CARA MENYEDIAKANNYA:-

Bancuhkan jamu dengan air panas (1/2 cawan) dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan dan 1 kali petang, sebelum makan malam.

Semasa minum jamu sila angkat payudara dahulu, selepas habis minum air suam barulah di turunkan semula.

Pastikan minum air masak sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.

.JAMU ANAK DARA



(Untuk wanita belum berkahwin lagi)

Khasiat Jamu Anak Dara
  1. mengkhusus kepada system haid tidak teratur.
  2. dapat membantu membuang lemak
  3. meringankan badan
  4. menjadikan badan terasa segar
  5. melawaskan.
  6. masalah senggugut
  7. Masalah keputihan
  8. Muka berjerawat dan kusam
  9. Masalah banyak angin dlm badan
  10. Masalah toksik dlm badan
.JAMU PRIA



Jamu Pria For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi. Di perhasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hutan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Pria for Men untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera!

  1. Membantu untuk kehidupan sihat dan mengekalkan kesegaran lelaki
  2. Membuang toksin ,lemak dan angin dari dalam badan
  3. Ia juga dpt membina kekuatan pinggang terutama nya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.
Setiap capsul mengandungi herba terbaik :
  1. Piper Longum
  2. Croton Caudatum
  3. Helictrates Isora
  4. Hippocratea Indica
  5. Eurycoma Longifolia
  6. Coriandrum Sativum
Amalkan pengambilan 2 kapsul 2 kali sehari sebelum makan di waktu pagi dan juga malam.



.Buasir.

Apa itu buasir? Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah
“vein directum”. Apa kebenda tu saya pun kurang pasti. Yang pastinya buasir ni
keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk,
akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur
(memang bercampur darah). Masalah buasir jika diajukan pada perubatan moden, potonglah jawabnya. Jika sesiapa yang terkena buasir sebelum menyerah diri kepada klinik moden,cubalah dulu rawatan tradisional.

Sediakan ramuan ini:
1. Dua genggam daun inai.

2. Kunyit hidup (sebesar ibu jari pun dah cukup).
3. Sebiji buah delima yang masak (ambil kulitnya sahaja).

Ramuan di atas di kisar bersama dengan air panas dan kemudiannya di tapis.
Minumlah dengan sukatan secawan sebanyak 3 kali sehari.
Boleh juga amalkan minum air rebusan pokok belimbing tanah (belimbing bukit).
Pokok ini direbus keseluruhannya termasuk akar, batang, dan daun.


Pesakit buasir hendaklah:
•Amalkan makan sayur kangkung setiap hari, jika ada kesan sampingan, kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam masakan kangkung.

•Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis.
•Kurangkan memakan makanan yang pedas.
•Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).

.Mandian.

.BUNGA



Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang.

Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha. Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini. Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin. Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.
.
.
.
.

.SUSU



Adakah anda penggemar susu? Atau penggemar perawatan kecantikan? Bila anda menjawab ya untuk keduanya, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan istilah mandi susu. Susu memang banyak manfaatnya. Tidak hanya menyihatkan badan, ternyata cairan putih ini juga dapat memutihkan serta melembutkan kulit. Bercakap mengenai kulit, siapapun pasti menginginkan kulitnya tampak lebih cerah dan berseri. Kaedah yang biasanya sering dilakukan di salon untuk melunturkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada tubuh ini memang termasuk cara alternatif untuk mencerahkan warna kulit tanpa melibatkan bahan kimia. Namun, bagaimana jadinya bila suatu saat anda kebetulan tidak mempunyai waktu mengunjungi SPA langganan anda kerana pekerjaan yang tiba-tiba benyak di pejabat? Anda tidak perlu risau, kerana mandi susu juga dapat dilakukan di rumah, dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah disediakan.
1. Sediakan beberapa mangkuk susu.
2. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
3. Panaskan selama 5 sehingga 10 minit.
4. Kemudian campurkan dengan air panas.

5. Berendamlah selama 20 - 30 minit.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukan urutan lembut ke seluruh tubuh. Sekaligus juga untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat pada tubuh. Dan lakukanlah dengan teratur!

.
.
.
.

.SCRUB / LULUR



Mandi Lulur terbukti berkhasiat membuat kulit lebih bersih, melepaskan sel kulit mati dan menggantinya dengan lapisan kulit baru yang lebih sihat. Tidak hairanlah sehabis mandi lulur, kulit akan terasa lebih halus.

Berikut 5 langkah mudah untuk melakukan mandi lulur dengan scrub spa sendiri di rumah:

1. Bersihkan badan, lalu lumur dengan minyak zaitun ke seluruh tubuh. Jika tidak mempunyai minyak zaitun, penggunaan scrub sahaja pun boleh digunakan untuk melembut dan melembabkan kulit.

2. Setelah minyak zaitun setengah kering, balurkan lulur scrub ke seluruh tubuh, dari kedua tangan, dada, perut, sehinggalah bahagian depan hingga rata. Kalau ada, mintalah bantuan orang lain untuk membalurkan lulur scrub di tubuh bahagian belakang supaya hasilnya maksima. Tapi kalau tidak ada, lakukanlah sendiri.
3. Setelah lulur scrub setengah kering, gosoklah perlahan-lahan sehingga lulur scrub rontok bersama sel-sel kulit mati. Gunakan hujung telapak tangan dengan gerakan memutar.

4. Kemudian bersihkan dengan air panas sehingga sisa-sisa mandi lulur yang melekat pada kulit tertanggal.

5. Jika di rumah tersedia bath tub untuk mandi lulur, boleh diteruskan dengan berendam. Campurkan segenggam bunga mawar, melati, pandan, atau minyak essential beraroma sesuai mengikut selera. Kalau tidak tersedia bath tub, akhiri mandian lulur dengan mandi air sejuk biasa. Rasakan kehalusan kulit anda sesudahnya.
.
.
.
.

.Refleksologi.

Refleksologi adalah cara rawatan dengan merangsang berbagai daerah refleks (atau zon atau mikrosistem) di kaki, tangan, dan telinga yang ada hubungannya dengan (atau mewakili) berbagai kelenjar, organ, dan bagian tubuh lainnya. Terapi itu dipercayai dapat memperkuat fungsi sistem limfatik yang mengusir racun dan zat berbahaya lain dari tubuh, sekaligus mengembalikan keseimbangan kimia tubuh dan meningkatkan imunisasi.

Refleksologi juga dapat memperbaiki keseimbangan potensi elektrikal dari berbagai bahagian tubuh dengan memperbaiki keadaan zon yang berkaitan.

Perubatan refleksologi diyakini bekerja seperti halnya akupuntur, akupresur, dan shiatsu dalam mengembalikan keselarasan aliran energi vital (ki atau chi) sepanjang meridian. Tubuh manusia secara alami mempercepat proses penyembuhan ketika menerima gangguan pada
keseimbangannya, dan refleksologi mempercepat pemulihan tersebut.

Banyak praktisi refleksologi berpendapat ada deposit kristal yang menumpuk dan menghambat jalan pada ujung-ujung saraf. Refleksologi membantu membuka hambatan tersebut sehingga transmisi impuls berjalan lancar kembali.


Manfaat Refleksologi Laporan Simposium Refleksologi Cina di tahun 1996 menemukan bahawa refleksologi kaki 93,63% efektif merawat 63 penyakit. Setelah menganalisa 8.096 kes, Dr. Wang Liang melaporkan bahawa refleksologi efektif dalam menyembuhkan 48,68% dari semua kes yang ada dan efektif untuk merawat 44,95% kes.

Hal-hal yang Perlu Diambil berat Sebelum Mengurut :

1. Pakailah minyak urut supaya kulit tidak lecet ketika diurut
2. Sebaiknya melakukan urutan dua hari sekali atau tiga kali dalam seminggu.
3. Jangan melakukan urutan setiap hari atau setiap saat kerana hal ini akan merosakkan saraf reflek.
4. Setiap titik refleksi biasanya diurut selama 5 minit, jika sakitnya keras boleh dipijat 10 menit.Jika pemijatan terlalu keras dan pesakit merasa kesakitan, maka tekanan pijatan dikurangi dan memindahkan pijat ke bagian lainnya.
5. Jangan memijat pada waktu: Menderita penyakit menular.Bagian tubuh yang luka atau bengkak.

Reaksi sesudah diurut:

1. Sakit Ginjal.
2. Setelah dipijat kadang-kadang mengeluarkan air kencing berwarna coklat atau merah. Ini gejala baik, teruskan.
3. Sakit Pinggang.
4. Setelah dipijat 3 hari ada kalanya hari ke 4 punggung makin sakit. Ini bererti rintangan peredaran darah berhasil dibobolkan, teruskan.
5. Suhu Badan Naik. Ini normal saja sebagai reaksi kelenjar refleksi.
6. Timbul Luka/Borok di Paha. Berarti kotoran di dalam darah tidak dibuang secara normal sehingga dibuang melalui luka/borok.
7. Urat Darah Menonjol. Berarti sirkulasi darah makin lancar.
8. Tumit Bengkak.
9. Kelenjarnya masih terhambat.
10. Salah Satu Bagian Tubuh Ada yang Sakit. Ini disebabkan rintangan peredaran darah berhasil dibobolkan.

Perhatian!

Ada kalanya sekali atau dua kali pijat, orang sudah sembuh dari penyakit, namun biasanya diperlukan waktu yang cukup. Biasanya berangsur-angsur sembuh atau sakitnya berkurang. Karena itu harus rajin dipijat. Untuk penyakit yang berat biasanya diperlukan 20-30 kali pijat atau sepuluh minggu.Setiap titik refleksi tidak boleh dipijat lebih dari 10 menit. Ini malah akan membahayakan syarafnya.Bagi penderita jantung, kencing manis, lever, dan kanker, memijatnya jangan keras-keras. Tiap titik refleksi hanya boleh dipijat selama 2 menit.Dalam waktu 1 jam setelah makan, jangan memijat.Selesai dipijat minumlah air putih 2-3 gelas sekaligus, agar kotoran dalam tubuh mudah terbuang bersama air seni. Bagi penderita ginjal berat jangan minum lebih dari 1 gelas.Bagi pemijat yang kurang enak badan atau tidak fit maka jangan sekali-kali memijat, karena memijat berarti mengeluarkan tenaga keras, supaya Anda tidak mudah terserang penyakit.

.
.
.
.

.KAKI


.
.
.
.

.BADAN
.
.
.
.


.Urutan Khusus.

.TERSELIUH




Urut dilakukan ketika baru terkena seperti
terjatuh,kemalangan,atau sebagainya,dalam
urutan ini mesti berhati-hati kerana mengelakan
angin urat berkembang atau boleh membengkak
.
.
.
.

.TERKELUAR SENDI



.
.
.
.
.SAKIT URAT


Ambil daun kecubung dan campurkan sedikit kapur sireh, tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ketempat yang sakit.
Sangat mujarab. Cubalah!



[Nota]
Kecubung ialah sejenis tumbuhan beracun, racunnya bersifat pelali. Bijinya digunakan oleh orang jahat untuk memukau atau menghayalkan kan mangsa.


.Naik Seri.

.MANDI BUNGA


Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang. Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha.

Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.
.
.
.
.

.URUTAN


.
.
.
.

.Urut Bersalin.

.SEBELUM BERSALIN

Penggunaan minyak Selusuh





Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh. Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.


Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

  • Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun
  • Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin
  • Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden
  • Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

  • Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.
  • Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.
  • Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.
  • Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

KAEDAH PEMBUATAN

Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.
InsyaAllah dengan izin Allah.
.
.
.
.


.SELEPAS BERSALIN




Mengurut, menungku atau mengganggang dan membengkung adalah antara ciri-ciri yang menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dalam menjalankan perawatan selepas bersalin. Diikuti dengan perawatan dalaman, iaitu menggunakan jamu. Namun dizaman serba moden ini ibu-ibu yang bekerja mungkin terlalu sibuk untuk melakukan rawatan tradisi yang diamalkan oleh nenek moyang yang terdahulu. Tetapi jika mengetahui khasiat dan kelebihannya pasti ibu-ibu tidak merungut atau memberikan seribu alasan.

Alat Yang Digunakan Sewaktu Mengurut Si Ibu Yang Baru Bersalin:
1. Satu Tuala Tangan
2. Satu Sudu Kecil ·
3. Tiga Piring Kecil ·
4. Satu Gelas Besar Air Panas. ·
5. 1 –2 Inci Berus. ·
6. 1 Atau 2 Kain Untuk Alas Perut. ·
7. 1 Bengkong ( Sekurang-Kurangnya 8 – 10 Metre ) ·
8. 1 Botol Minyak Tapil ( Serai ) atau Minyak Tapil Lemon ·
9. 1 Botol Minyak Kayu Putih

Perut Yang Tidak Boleh Diurut :
1. Yang Di Operation Sekurang-kurangnya Selama 2 atau 3 Minggu.
2. Perempuan Yang Datang Kotor ( Haid ).
3. Ulser Perut ·
4. Apendix
.
.
.
.