Pages

Monday, June 21, 2010

.Buasir.

Apa itu buasir? Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah
“vein directum”. Apa kebenda tu saya pun kurang pasti. Yang pastinya buasir ni
keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk,
akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur
(memang bercampur darah). Masalah buasir jika diajukan pada perubatan moden, potonglah jawabnya. Jika sesiapa yang terkena buasir sebelum menyerah diri kepada klinik moden,cubalah dulu rawatan tradisional.

Sediakan ramuan ini:
1. Dua genggam daun inai.

2. Kunyit hidup (sebesar ibu jari pun dah cukup).
3. Sebiji buah delima yang masak (ambil kulitnya sahaja).

Ramuan di atas di kisar bersama dengan air panas dan kemudiannya di tapis.
Minumlah dengan sukatan secawan sebanyak 3 kali sehari.
Boleh juga amalkan minum air rebusan pokok belimbing tanah (belimbing bukit).
Pokok ini direbus keseluruhannya termasuk akar, batang, dan daun.


Pesakit buasir hendaklah:
•Amalkan makan sayur kangkung setiap hari, jika ada kesan sampingan, kangkung pada angin badan, masukkan halia dan bawang putih ke dalam masakan kangkung.

•Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai kandungan serat yang tinggi supaya melembutkan najis.
•Kurangkan memakan makanan yang pedas.
•Elakkan dari melakukan aktiviti seperti mengangkat beban yang terlampau berat, atau senaman yang memberi tekanan pada bahagian abdomen (aktiviti seumpama ini menyebabkan kita berada dalam keadaan meneran dan ini tidak bagus bagi pesakit buasir).

No comments:

Post a Comment