Pages

Monday, June 21, 2010

.Jamu.

.JAMU MAK DARA



Ramai wanita bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutan yang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambah pula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air. Ia pasti sesuatu yang menakutkan, persembahan yang tidak cengkam buat santapan si suami. Silap hari bulan, si suami akan mencari yang lebih muda dan bergetah.

Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Menyokong usaha murni itu ialah pengusaha Jamu Mak Dara, Halimah Shuib , 62 tahun, yang turut mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun. Beliau mewarisi resepi dan petua jamu yang di perturunkan daripada ibu nya, Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit Johor.

Bahan-bahan Jamu Mak Dara:

Gadong, Tahi angin, Cabai pintal, Akar siak, Sambar antu, Cabai batik, Akar cerita, Kulit pulau sari, Kulit kayu serapat, Ketumbar kasar, Jintan hitam, Temulawak, Halia bara, Halia putih, Kunyit kering, Kayu manis cina, Kedaung, Daun cina maki, Masuri, Jerangau, Lengkuas merah, Buah keras, Jemuja, Daun terawas, Hadas pedas, Langkau besar, Langkau kecil, Bica bolong, Biji kami, Buah gorek, Akar kayu putih dan Cekor.

Cara Mengamalkannya:-
Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita (2 X sehari )
- 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan

PERINGATAN - Harus cukup rihat dan tidur, elakkan makan malam selepas 7 malam, elakkan mengambil nasi pada waktu malam. Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika Dalam Pantang ( 2 X sehari)

- 1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan.

Bancuhkan jamu dengan air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarpaan dan 1 kali petang ( 4 petang) sebelum makan malam.

PERINGATAN - kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah spt sup, gulai, bercili dan berlemak.

Untuk Pesakit Darah Tinggi ( 1 kali sehari)

1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan.

Bancuh kan jamu dgn air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan.
SEKALI SEHARI SAHAJA!!

PERINGATAN- Harus cukup rihat dan tidur. Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

CARA MENYEDIAKANNYA:-

Bancuhkan jamu dengan air panas (1/2 cawan) dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan dan 1 kali petang, sebelum makan malam.

Semasa minum jamu sila angkat payudara dahulu, selepas habis minum air suam barulah di turunkan semula.

Pastikan minum air masak sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.

.JAMU ANAK DARA



(Untuk wanita belum berkahwin lagi)

Khasiat Jamu Anak Dara
  1. mengkhusus kepada system haid tidak teratur.
  2. dapat membantu membuang lemak
  3. meringankan badan
  4. menjadikan badan terasa segar
  5. melawaskan.
  6. masalah senggugut
  7. Masalah keputihan
  8. Muka berjerawat dan kusam
  9. Masalah banyak angin dlm badan
  10. Masalah toksik dlm badan
.JAMU PRIA



Jamu Pria For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi. Di perhasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hutan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Pria for Men untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera!

  1. Membantu untuk kehidupan sihat dan mengekalkan kesegaran lelaki
  2. Membuang toksin ,lemak dan angin dari dalam badan
  3. Ia juga dpt membina kekuatan pinggang terutama nya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.
Setiap capsul mengandungi herba terbaik :
  1. Piper Longum
  2. Croton Caudatum
  3. Helictrates Isora
  4. Hippocratea Indica
  5. Eurycoma Longifolia
  6. Coriandrum Sativum
Amalkan pengambilan 2 kapsul 2 kali sehari sebelum makan di waktu pagi dan juga malam.



No comments:

Post a Comment