Pages

Monday, June 21, 2010

.Mandian.

.BUNGA



Bagi bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah pula amat dinasihatkan melakukan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Selain itu, mandi bunga juga dilakukan untuk mencari jodoh dan membuang sial. Sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Kadangkala, ada juga wanita yang sudah menjalankan adat mandi bunga ini lebih daripada tiga kali, namun hasilnya tetap sama, masih belum dipinang orang.

Tetapi, walaupun begitu manusia hanya dapat berikhtiar dan berusaha. Berbalik tentang petua menaikkan seri wajah, mandi bunga juga boleh dilakukan. Ia juga dipercayai boleh menolak bala di samping menyegar dan merehatkan badan. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi tujuh jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini. Selain itu, rawatan lebih sempurna jika bahagian dalaman diambil kira. Jelas beberapa pengamal petua lama, kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan dua atau tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin. Selain itu, mungkin ada yang pelik apabila mendengar makan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ianya bagus untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.
.
.
.
.

.SUSU



Adakah anda penggemar susu? Atau penggemar perawatan kecantikan? Bila anda menjawab ya untuk keduanya, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan istilah mandi susu. Susu memang banyak manfaatnya. Tidak hanya menyihatkan badan, ternyata cairan putih ini juga dapat memutihkan serta melembutkan kulit. Bercakap mengenai kulit, siapapun pasti menginginkan kulitnya tampak lebih cerah dan berseri. Kaedah yang biasanya sering dilakukan di salon untuk melunturkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada tubuh ini memang termasuk cara alternatif untuk mencerahkan warna kulit tanpa melibatkan bahan kimia. Namun, bagaimana jadinya bila suatu saat anda kebetulan tidak mempunyai waktu mengunjungi SPA langganan anda kerana pekerjaan yang tiba-tiba benyak di pejabat? Anda tidak perlu risau, kerana mandi susu juga dapat dilakukan di rumah, dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah disediakan.
1. Sediakan beberapa mangkuk susu.
2. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
3. Panaskan selama 5 sehingga 10 minit.
4. Kemudian campurkan dengan air panas.

5. Berendamlah selama 20 - 30 minit.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukan urutan lembut ke seluruh tubuh. Sekaligus juga untuk menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat pada tubuh. Dan lakukanlah dengan teratur!

.
.
.
.

.SCRUB / LULUR



Mandi Lulur terbukti berkhasiat membuat kulit lebih bersih, melepaskan sel kulit mati dan menggantinya dengan lapisan kulit baru yang lebih sihat. Tidak hairanlah sehabis mandi lulur, kulit akan terasa lebih halus.

Berikut 5 langkah mudah untuk melakukan mandi lulur dengan scrub spa sendiri di rumah:

1. Bersihkan badan, lalu lumur dengan minyak zaitun ke seluruh tubuh. Jika tidak mempunyai minyak zaitun, penggunaan scrub sahaja pun boleh digunakan untuk melembut dan melembabkan kulit.

2. Setelah minyak zaitun setengah kering, balurkan lulur scrub ke seluruh tubuh, dari kedua tangan, dada, perut, sehinggalah bahagian depan hingga rata. Kalau ada, mintalah bantuan orang lain untuk membalurkan lulur scrub di tubuh bahagian belakang supaya hasilnya maksima. Tapi kalau tidak ada, lakukanlah sendiri.
3. Setelah lulur scrub setengah kering, gosoklah perlahan-lahan sehingga lulur scrub rontok bersama sel-sel kulit mati. Gunakan hujung telapak tangan dengan gerakan memutar.

4. Kemudian bersihkan dengan air panas sehingga sisa-sisa mandi lulur yang melekat pada kulit tertanggal.

5. Jika di rumah tersedia bath tub untuk mandi lulur, boleh diteruskan dengan berendam. Campurkan segenggam bunga mawar, melati, pandan, atau minyak essential beraroma sesuai mengikut selera. Kalau tidak tersedia bath tub, akhiri mandian lulur dengan mandi air sejuk biasa. Rasakan kehalusan kulit anda sesudahnya.
.
.
.
.

No comments:

Post a Comment